Pages

Monday, March 6, 2017

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum

Seperti tajuk di atas, saya nak share sikit pengalaman bersalin anak ke dua. Pengalaman yang totally berbeza dari anak pertama. Anak pertama, lahir secara pembedahan, kali ni Alhamdulillah rezeki bersalin secara normal.

Due date kandungan kali ni jatuh pada 2 January 2017, tapi on that day, saya tak rasa sakit pun lagi, sekadar mengeras sikit2 macam tu je. Jauh di sudut hati mengharapkan adik lahir on that day, 2 Jan, sebab nak bagi sama tarikh lahir dengan kakaknya (2 Jan 2013) hehe..tapi mommy tak kisah pun, asalkan adik baby sihat.

Husband dah start risau, takot2 nak beranak dah. Tapi saya still xde sakit. Cuma penat dan sakit pinggang jela. Jalan sikit, dah tercungap2. Asal baring je, mata mesti lelap, walaupun sekejap. Nasib baik mommy dapat cuti 2 minggu awal dari tarikh due date, dapatla rehat kat rumah. Mommy gagahkan diri jugak sepanjang cuti tu untuk buat keje rumah, masak, sebab nak bagi jalan terbukak cepat.

 3 Jan 2017- Hujan mencurah2, sebab Kelantan masih lagi di musim tengkujuh. Lorong nak masuk ke kawasan rumah dah naik air, dah start banjir. Tapi rumah tak naik air pun, Alhamdulillah.  Saya pulak masih lagi sama, xde tanda sakit nak bersalin, xde turun lendir campur darah tu, xde leaking air ketuban, dan baby masih active. Tapi husband dan abah saya dah risau dengan keadaan banjir, so husband bawak jugak sy ke hospital sebab risau takot tak boleh keluar dari rumah nanti kalau hujan masih tak berhenti.

So kitorang pun angkut barang2 yang dah ready dalam bag, masuk kereta, dan terus ke hospital. Itu pun jalan utama dah banjir, kena guna jalan kampung alternatif. Alhamdulillah selamat sampai ke hospital. Dipendekkan cerita, saya kena warded sebab early labour. Jalan baru terbukak hujung jari/ 1cm macam tu je. Saya warded sehari je. Dalam ward, doctor bukak jalan guna jari (swipe and stretch) untuk promote contraction. Lepas S&S tu barula ada sikit2 contraction, tapi saya dibenarkan balik dulu. Itupun setelah air banjir surut sikit kat kawasan rumah. Dalam hati, syukur alhamdulillah dapat balik dulu. Sangat tak suka duduk dalam ward sorang2, husband tak boleh masuk kecuali waktu melawat, ibu pun xbole tunggu lagi sebab belum bersalin. Lebih baik duk kat rumah, selesa, husband ada boleh urut2 pinggang, hehe.

5 Jan 2017- saya dah mula ada contraction, tapi belum kerap, irregular contraction. Sakit pinggang makin kuat dan penat sangat2. Malam tu saya tak boleh tidur sebab perut asyik memulas nak buang air besar. Mata memang tak boleh lelap sampai pagi. Contraction pun makin kerap dah. Husband asyik tnya nak pegi hospital tak, saya jawab tak nak lagi sebab masih boleh tahan. Kalau boleh, pergi hospital terus bersalin, tak nak warded macam aritu.

6 Jan 2017- Contraction makin kerap, dahla tak tidur sejak semalam lagi. Dalam pkul 4-5 pagi, saya dah start timing contraction guna apps contraction timer. Masa tu contraction lebih kurang 3-5 minit sekali. Masih boleh tahan. Husband dah tak tidur, standby takot2 nak pergi hospital, tapi sy decide nak tunggu subuh dulu. Lepas azan subuh, mandi dan solat subuh, mintak izin ngan parents, and terus bertolak pegi hospital. Masa ni contraction setiap 3 minit, still boleh tahan lagi sakit, masih boleh senyum, hehe.

Sampai je kat labour room, patient agak ramai. Lepas dah check perut, check baby, check jalan, baru buka 3 cm, so kena masuk ward dulu, huhu...Masuk ward dalam pkul 11 pagi. Contraction makin kuat, makin strong dan intense. Masa ni dah terbongkok2 jalan kat dalam labour room. Nak makan pun xde selera dah, makan dua tiga mulut je. Muka dah merah tahan sakit, nak cakap pn xboleh dah. Contraction punya la strong, setiap 2-3 minit, lama pulak tu. Da siap scan, sebelum masuk ward, nurse tengok muka saya dah  berkerut2 tahan sakit, nurse check jalan lagi sekali, still 3cm, terpaksa masuk ward dulu. Masa ni dah guna wheel chair, dah tak boleh jalan, sakit sangat dah.

Dalam ward, saya diberi injection pethidine (pain killer) sebab contraction dah strong masa ni. Lepas dapat injection tu, terus mengantuk yang amat. Walaupun mata mengantuk sakit tu sama je, tetap kuat, xkurang pun. Bezanya, mata jadi mengantuk. Loya pun kuat, mungkin kesan ubat tersebut. Husband memang tak boleh masuk lagi masa ni. Husband masuk masa waktu melawat je. Pinggang sakit sangat2 macam nk patah pinggang rasa, huhu.

Dalam pkul 7 petang, dah tak boleh tahan sakit, mintak nurse check jalan, dah bukak 4 cm. Sakit dari pagi sampai petang, bukak 4 cm je, huhu. Nurse tolak masuk labour room. Masa ni Allah je tahu betapa sakitnya, macam nyawa di hujung tanduk. Dah tak nampak org sekeliling dah. Tiap kali contraction tu, rasa gelap je dunia, sakit yang tak boleh nak describe. Masuk labour room lebih kurang pkul 7pm , jalan 4 cm, pkul 9pm, jalan da bukak 9cm. sangat cepat (dengan izin Allah) sebab contraction kuat sangat, lebih kurang setiap 1-2 minit. Jalan kena gunting sikit (episiotomy) tapi tak rasa sakit pun masa kena gunting, rasa pedih2 sikit je, sebab sakit contraction tu jauh lagi hebat, huhu. Pada pkul 9.26pm, tanggal 6 January 2017, adik baby selamat dilahirkan secara normal, Alhamdulillah. Keluar je baby, hilang terus rasa sakit. Dapat peluk baby, terus hilang semua sakit.

Terima kasih tak terhingga untuk husband, doctor2 dan staff2 di HUSM yang sabar dengan sy, yang jaga sy sepanjang warded, sepanjang proses bersalin dan sehingga discharge dari ward. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Rasa terhutang nyawa dengan diorang, especially masa proses bersalin. Mulianya kerja diorang. Ganjaran pahala buat kalian. Thank you soooo much.

Harini adik baby dah berumur 2 bulan. Our bundle of joy, our happy pills, our lovely baby. Mommy, Abi dan kakak saaayaaangggg adik sangat2. Nama diberi Azzahra Tasneem.

Kenangan manis sepanjang proses bersalin :)


Tuesday, December 13, 2016

Second pregnancy

Assalamualaikum semua

Ya Allah, lamanya tak menjenguk blog usangku, hehe...
Nak kata terlalu sibuk tu tak jugak, biasa je cuma macam tiada idea nak menulis.
Tetiba lak detik ni terasa nak menulis...layankan ajela ek, hehe..

Last post awal tahun 2016, sekarang dah penghujung tahun 2016.. sekejap je rasa dan sepanjang tempoh tersebut, banyak yang telah terjadi.
Salah satunya, alhamdulillah saya telah mengandung anak ke dua. Sekarang ni da sarat da, tunggu masa je nak bersalin. So post kali ni nak coret serba sedikit mengenai kandungan ke dua agar dapat menjadi bahan bacaan di kemudian hari.

Dulu masa mengandungkan kakak Aisyah, mommy masih lagi bergelar doktor pelatih dan bertugas di hospital. Sekarang ni mengandungkan adik baby, mommy dah tak kerja hospital, mommy kerja di klinik. Alhamdulillah, ringan sedikit beban kerja duduk di klinik. Kerjanya 'office hour' dan banyak duduk, hehe...Alhamdulillah Allah permudahkan.

Dari segi alahan awal kandungan, sedikit berbeza dari kandungan pertama. Dulu mommy memang alahan tp takdela memilih sangat, sekarang ni mommy alahan agak teruk dan sangat memilih untuk makan. Mommy nak selera kampung je. Nak makan nasi kering, sayur rebus or celur, ikan or ayam bakar simple, tak nak tumis, tak nak sos lansung, tak nak manis... dahla masa alahan tu di bulan puasa, seksa jugak nk berpuasa, nk mencari lauk bukak puasa ikut selera tekak yng nk makanan kampung yg sangat simple. Nak cari kat bazar memang takde dan mommy tak bole lansung bau bazar sbab banyak yang tumis2. Abi pulak kerja di sabah masa tu, end up mommy drive tiap hari dari tempat kerja balik kampung sejauh 50-60km sehala sebab nak ummi masakkan makanan berbuka untuk mommy. Simple je nak sayur air dan ayam bakar kering taruk garam n black pepper gtu je, hehe. Nasib baikla tak lama mana mommy alahan. Masuk bulan ke empat, slow2 alahan da takde.

Sepanjang mengandung, Alhamdulillah, tiada masalah sangat. Masa awal2, kandungan mommy sonsang (breech) sama macam kakak aisyah dlu, bezanya masuk usia kandungan 6bulan, baby da berpuaing kepala kat bawah, alhamdulillah.

Ada sekali mommy warded di HUSM masa kandungan 32 minggu kalau tak silap sebab kontraksi pramatang dan baby kurang bergerak. Rupanya mommy terkena jangkitan kuman, alhamdulillah semuanya normal.

InshaaAllah tak lama lagi mommy akan bersalin anak kedua ni di hospital yang sama, di HUSM sebab rekod kandungan pertama ada di sini. Dulu anak pertama mommy operate (emergency LSCS) sebab kandungan sonsang dan 'Failed ECV with fetal distress'.
Kali ni InshaaAllah mommy akan cuba bersalin secara normal ( Vaginal Birth After Ceserean Section). Doakan semoga semua selamat :)

Dari segi persiapan pula, ada yang recycle kakak Aisyah punya mcm stroller, rocker, baby cot, car seat, breast pump dan lain2. Tapi kebanyakan baju banyak da bagi orang, so mommy beli yang baru. Persiapan da hampir semua siap. Dah siap2 simpan da bag baby. Mommy punya bag je belum simpan lagi. So far, masih belum ada tanda2 nak bersalin.

Alhamdulillah abi da balik dari sabah bulan oktober haritu dan akan bersama mommy sampai bersalin. Lepas ni pun abi kerja kat sini je, tak perlu pergi jauh dah, lega rasanya. Syukur dikurniakan suami yang banyak membantu. Segala urusan kakak Aisyah diuruskan oleh abi. Mommy tolong sikit2 je, yang lain abi uruskan. Abi jugak yang hantar dan ambil mommy pergi balik kerja disebabkan kereta mommy rosak plus mommy dah tak larat nak drive. Kerja2 rumah pun banyak diuruskan oleh abi. Thank you abi sayang. Mommy dah tak sabar nk cuti, lagi dua hari je mommy akan kerja, lepas tu da boleh bercuti tunggu masa bersalin je.




Sunday, February 14, 2016

Progress rumah

Assalamualaikum

Alhamdulillah....
Syukur sgt ke hadrat Ilahi.... Rumah kami dah 100% siap.
Lambat sikit update blog, dapat kunci hujung tahun lepas.. Sekarang ni tengah menunggu masa siap grill dan langsir... InshaaAllah tak lama lagi bole naik rumah baru. Alhamdulillah...




Saturday, December 19, 2015

Medical card prudential takaful~ terbaik!!

assalamualaikum semua...

Alhamdulillah masih bernafas di atas bumi Allah.
Post kali ni tak lain tak bukn pasal medical card prudential takaful yang awesome ni, hehe.. Sy post ni bukan saja2 semata2 untuk promote tapi memang keperluan kita pada hari ni. Kerjaya saya sebagai seorang doktor memang tiap2 hari jumpa pesakit2 kronik dan bukan kronik. Bila depan mata kita tengok tiap2 hari makin meningkat kes2 penyakit kronik terutamanya, memang rasa takut. Walau apa pun segalanya atas kuasa Allah swt, kita hanya merancang, berdoa dan berusaha.

Tahukah kalian sekarang ni penyaki2 kronik seperti kencing manis, darah tinggi, cholesterol tinggi, jantung, stroke dan buah pinggang mula menyerang orang muda. Saya mempunyai pesakit kencing manis seawal umur 30 tahun, saya mempunya pesakit darah tinggi seawal 30 tahun, pesakit jantung seawal 40 tahun di klinik sy. Sy bukan mereka2 cerita tetapi itulah hakikatnya. Kenapa keadaan ini terjadi? Apa yang saya bole simpulkan ianya berkait rapat dengan pemakanan kita dan lifestyle kita. Pemakanan kita pada harini xsama dengan pemakanan zaman ibu bapa atok nenek kita, pemakanan kita bnyak processed food, makanan bertin, makanan segera seperti kfc, mcD, dan makanan yg berlemak tinggi. Walaupun kita masak sekalipun, ayam yg kita masak tak sama ayam zaman ibu ayah kita. Ayam pada harini pun kandungan lemak nya lebih tinggi berbanding zaman ibu ayah kita dahulu.

Zaman ibu ayah kita, kerja mereka bnyak menggunakan kudrat tenaga mereka, secara tak lansung mereka exercise, keluar peluh keringat. Berbeza kerja kita pada hari i yg segelintir besarnya kerja ofis, kerja di bilik aircond, kerja yang tidak mngeluarkan peluh dan ditambah pula dengan budaya tidak exercise. Balik rumah kita da penat, terus rehat dan hujung mnggu pula masa untuk jalan2 dengan keluarga. So tidak mempunyai masa untuk exercise. Ini dinamakan sedentery lifestyle. Sy tak cakap untuk org lain, sy bercakap mengenai diri sy sendiri. Sy sendiri hardly find time untuk exercise.  So disini dua faktor utama sy sebutkan, pemakanan dan sedentery lifestyle, yang bagi sy penyumbang terbesar kepada peningkatan penyakit2 kronik seperti di atas dan ianya makin lama makin menyerang orang muda. Faktor genetik atau keturunan juga memainkan peranan, tapi faktor yg lagi besar adalah budaya pemakanan kita dan sedentery lifestyle. Di tambah pula faktor merokok bagi yang merokok yang menjadi faktor penting terhadap penyakit darah tinggi, stroke dan jantung.

Jadi amat penting untuk ubah budaya makan dan sedentery life style kepada healthy diet dan active lifestyle. Selain itu amatlah penting kita prepare diri kita dari segi perubatan. Sementara masih sihat dan bertenaga dan bekerja, cepat2 lah ambik medical card sebagai persediaan untuk digunakan semasa sakit. Kita tak mintak sakit, sape2 pun tak nak sakit, tapi saya bercakap pasal persediaan kerana medical card ni boleh diambil ketika sihat sahaja, once kita dah di'diagnose' penyakit kronik, medical card xlayak lagi untuk anda.

Regarding medical card pula, terdapat bnyak company yang menydiakan medical card pada harini, sebab ianya menjadi satu kperluan pada harini, bukan lagi kehendak, tapi keperluan. Namun saya sarankan medical card prudential takaful. Mengapa? First syarikat prudential ni merupakan syarikat gergasi di dunia dan merupakan yang terbaik di Malaysia, Asia dan worldwide. Ini membuktikan syarikat ini sebuah syarikat kukuh dan terjamin masa depannya. Medical card prudential juga di terima almost ALL private hospital di Malaysia. Tunjuk je medical card prudential, pihak hospital tak tanya banyak, terima je, sebab dah well known di seluruh Malaysia. Ini antara sebab saya memilih medical card prudential masa mula2 survey untuk anak dulu.

Medical card prudential takaful ni islamic, takaful means dana islamic. Under prudential ada conventional dan takaful, takaful ni di jamin halal dan mengikut syariat islam, alhamdulillah. Medical card plan ni merupakan sistem/ polisi lengkap di mana ia cover bill hospitals jika warded, protection (3in1) dan saving. Dana yang disediakan berjumlah rm600,000 sehingga 4juta for life. Tiap kali warded, bill hospital akan di deduct dari dana ni, tak kacau saving kita sesen pun. So, bagus kan, saving pun dapat, bole guna untuk pendidikan anak bila dia besar, bill hospital pun di bayar oleh prudential. Dapat masuk private hospital yang bukan sahaja bilik selesa, waktu melawat 24 jam, malah segala rawatannya adalah rawtan pakar. Protection tu pulak include life insurans, penyakit kritikal tahap 3 dan kecacatan kekal, means kita dapat lump sum jumlah tertentu kalo dapat kecacatan kekal, penyakit kritikal atau kematian. Kalo kematian tu, waris polisi yg dapat. Selalunya penting untuk si suami menamakan isteri atau anak, sebagai income protection.

Di harap penerangan saya yang tak seberapa ni dapat di fahami. Ni pun saya rujuk suami saya yang merupakan agent prudential takaful. Alhamdulillah kerjaya kami saling melengkapi. Dia selalu tanya saya mengenai penyakit2 especially untuk uruskan kemasukan client dia ke hospital. Sesiapa berminat nak ambil medical card prudential takaful ni bole contact suami sy.

Mohd Asyran 013-3872486
( whatsapp, call, pm)
Facebook: Amirah Dan Asyran ( kami share facebook, hehe)

Nanti suami saya bole terangkan sebarang keraguan, bole tengok quotation yang dia buat, dia akan buat quotation mengikut bajet masing2. Tak nak ambik pun xpe, just untuk survey2 pn bole whatsapp suami sy, biar dia explain ngn details, hehe...tq semua, semoga kita semua di bawah lindungan Ilahi.. Aminn

Wednesday, September 9, 2015

Pengalaman Rumah pertamaku

assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, alhamdulillah
Lama betul tak update blog, sibuk sikit beberapa bulan ni, keje lagi, keluarga lagi dan terbaru duk urus pasal pembelian rumah pulak. Alhamdulillah...


post kali ni sy nk cerita serba sedikit pengalaman beli rumah pertama kami suami isteri.

Sebenarnya kami tak merancang pun untuk beli rumah dalam masa terdekat. Sebab da kecewa tak jadi beli rumah masa hujung tahun lepas disebabkan banjir besar melanda kelantan masa tu. So sy just focus pada keluarga dan keje je. Sehinggalah lebih kurang 3bulan lepas, client suami promote pasal rumah ni. Masa first tengok tu terus berkenan ngn rumah tu, tapi masih xkuat lg nak beli, lpas da bincang dengan suami, keluarga dan kawan2, akhirnya kami setuju nk beli rumah tu. Maka bermula la episode pening kepala nk uruskan proses ni. Hehe

At first buat appointment nk g tgk rumah dulu. Masa kitorg pegi tu, developer takde lagi, just ada site manager dia, so dia bawak tour tgk rumah luar dan dalam. Masa tu rumah dalam proses pembinaan lebih kurang 60% siap. Lepas tengok rumah, bertambah2 lg la jatuh cinta dengan rumah tu. So manager dia suruh sy sediakan beberapa document untuk proses loan.

Documents yg dia mintak masa tu pay slip untuk 3 bulan, bank statement untuk 3 bulan, ic suami isteri, pengesahan majikan tempat sy kerja. So kami sediakan semua yg dia mintak dan lebih kurang satu minggu kemudian kami jumpa dengan developer dan pegawai bank untuk serahkan semua document. Masa tu jgak developer mintak duit booking rumah deposit, alhamdulillah deposit tak tinggi. So da siap bincang dan masing2 puas hati, so sy pun sign la borang untuk loan tu.

Lebih kurang 2 minggu selepas tu, loan rumah lulus. Kami buat loan dengan bank rakyat dan semua urusan loan dan lawyer di uruskan pihak developer. Alhamdulillah syukur di ketemukan dengan developer yg easy going dan memudahkan kerja customer dia. Kalau nk diikutkan dalam masa dua minggu tempoh mnunggu loan lulus memang rasa xsedap duduk, nk tido pn xlena sgt sbab serabut duk pikir pasal loan. Bila da lulus tu Ya Allah syukurnya rasa, ringan beban ni...

So next working day tu, pegawai bank datang klinik dengan  borang untuk di sign. Alhamdulillah pegawai bank ni sgt sporting dan bnyak tolong saya sepanjang proses loan ni. Dia faham kerjaya sy yg susah cuti, dan keje xtentu masa dengan kerap kursus, so dia yg dtg jumpa kt clinic, alhamdulillah Allah permudahkan. Pada masa ni, rumah da siap 70% dan dalam proses cat..

Meeting dengan pihak lawyer pun dah selesai. Semua documents dan perjanjian dah ditandatangani. Alhamdulillah.
Minta2 la Ya Allah permudahkan urusan ku, semoga semuanya berjalan lancar. Serabut skit kpala nk uruskan hal rumah, at the same time keje dan keluarga jugak. Sabarrrrr amirah sabar... Ada hikmahnya...



Pengalaman rumah pertama: Progress rumah

Assalamualaikum semua :)

alhamdulillah alhamdulillah
Syukur tak terkata
Besar sungguh kuasa Allah, syukur pada mu Ya Allah tuhan sekalian alam....
Hanya mampu bersyukur di atas nikmat yg Allah kurniakan...semoga diriku menjadi a better muslimah, aminnnn... Tolong doakan ye:)

Post ni sy just nak share sebab terlalu gembira dengan progress rumah kami, alhamdulillah. Sokongan dan support dari suami tercinta dan keluarga hanya Allah dapat membalasnya.
Skrg ni semua urusan dengan pihak lawyer dan bank dah selesai, ada beberapa urusan je lagi dengan pihak pemaju yg sy belum selesaikan, inshaaAllah dalam masa 6 bulan akan diselesaikan, amin.

Sekarang ni sy dalam proses untuk keluarkan duit kwsp. Documents yg kwsp mintak pun da ready, tq kepada lawyer kami yg cekap buat kerja, tinggal lagi sy perlu serahkan documents tersebut kepada pihak kwsp. InshaaAllah minggu depan, tak sempat lagi minggu ni, tak dapat cuti lagi.

Pembinaan rumah pun rasanya dah masuk 80% siap... InshaAllah.. Pagar pun da dalam proses pembinaan da, kabinet dapur da pasang. Cepat dan cekap pihak pemaju buat kerja. So far sangat berpuas hati dengan hasil kerja pemaju kami, cepat dan cantik serta kemas hasil kerja dia, alhamdulillah. Pihak bank pun cekap dan sentiasa update kami, pegawai bank yg sy berurusan sgt baik orgnya, bnyak membantu saya dan suami. Alhamdulillah. Pihak lawyer pun sama, cekap buat kerja dan mudah berurusan dengan diorang. Alhamdulillah... Syukur semua urusan menjadi mudah... Terima kasih Ya Allah..

Di sini sy sertakan sekali pics rumah yg latest last week. Teruja pulak, rasa nk g tgk tiap2 hari je hehehe...






Aisyah sakit lagi..

salam semua...
Hope semua sihat..

Last week aisyah admitted kt kbmc sebab terkena jangkitan kuman di paru2 ataupun medical term nya bronchopneumonia. Ingatkan demam biasa, mommy macam biasa try not to panic, bagi ubat demam, ubat batuk biasa dulu. Masuk hari ke 3, aisyah da muntan2, masuk je susu terus muntah, xminum pun muntah smpai dia da sangat letih. Mommy bawak ke hospital terus kena tahan ward. Pagi esoknya aisyah da start lelah, bernafas pun tercungap2 dan ada bunyi, rupanya aisyah kena jangkitan kuman di paru2. Huhu.... Kesian anak mommy. Letih je memanjang, merengek, tak nak susu, manjaaa sgt. 5 hari mommy cuti jaga adik aisyah sakit. Lastnya aisyah da sembuh, mommy pulak yg sakit, hehe... Takpe mommy sakitpun, yang penting anak sihat, alhamdulillah.

Alhamdulillah masuk kbmc, bilik yg selesa, management pakar yg tiptop, adik aisyah pun cepat sembuh, alhamdulillah. Total bil hospital asenya rm3800. Plus, syukur semuanya free, guna medical card prudential. Mommy just bayar pendaftaran je rm25, yang lain semuanya di tanggung oleh prudential. Syukur.. Sesiapa yang nak tahu detail pasal medical cad prudential ni, bole contact suami saya merangkap agent prudential takaful. Boleh tgk quotation dulu, serendah rm130 per month da bole dapat medical card yg full package (hospital bills + saving + protection).
Boleh contact nombor ni 0133872486 (En Asyran). Nanti suami akan explain dengan detail, bole dengar je dlu, tnya dia smpai puas hati, lpas tu bole tgk dulu quotation, kalo setuju baru proceed, kalo nk survey2 dulu pun boleh. InshaaAllah best service guarantee :)